Dagang Forex, Logam Berharga, Indeks Ekuiti dari 1 Akaun.
Akses serta merta ke pasaran global dengan platform dagangan MT4 atau MT5 XM.

Senarai Indeks

* Kadar swap dikira berdasarkan kadar antara bank yang berkaitan dengan mata wang indeks. Posisi beli dicaj dengan kadar antara bank yang berkaitan dan ditambah dengan tokokan, manakala, posisi jual dicaj tanpa sebarang tokokan. Operasi ini dijalankan pada 00:00 (zon waktu GMT+2, tertakluk pada DST) dan boleh mengambil masa beberapa minit. Swap akan dicaj selama 3 hari jika posisi buka dikekalkan pada penutupan hari dagangan, iaitu hari Jumaat.

** Tahap minimum untuk meletakkan pesanan tangguh pada harga pasaran semasa.

*** Keperluan Margin Simbol CFD Terpilih = [Lot x saiz kontrak x harga buka] / [Leveraj paling rendah (Leveraj Akaun atau Leveraj Simbol)]

Baca lebih lanjut tentang peratusan margin pada simbol terpilih.

Margin yang diperlukan untuk CFD dikira begini: Lot * Saiz Kontrak * Harga Buka * Peratusan Margin dan tidak mengambil kira leverage akaun dagangan anda.

Margin sentiasa 50% apabila anda melindung nilai posisi dagangan pada CFD sekiranya tahap margin anda melebihi 100%.

** Tahap minimum untuk meletakkan pesanan tangguh pada harga pasaran semasa.

*** Keperluan Margin Simbol CFD Terpilih = [Lot x saiz kontrak x harga buka] / [Leveraj paling rendah (Leveraj Akaun atau Leveraj Simbol)]

Baca lebih lanjut tentang peratusan margin pada simbol terpilih.

Margin yang diperlukan untuk CFD dikira begini: Lot * Saiz Kontrak * Harga Buka * Peratusan Margin dan tidak mengambil kira leverage akaun dagangan anda.

Margin sentiasa 50% apabila anda melindung nilai posisi dagangan pada CFD sekiranya tahap margin anda melebihi 100%.

Harap maklum bahawa Syarikat kami tidak menawarkan peralihan automatik untuk kontrak baru instrumen kewangan yang mempunyai tarikh luput.

Harap maklum bahawa Syarikat kami tidak menawarkan peralihan automatik untuk kontrak baru instrumen kewangan yang mempunyai tarikh luput.

Penerangan Simbol Kontrak Tersedia Tarikh Buka* Tarikh Mod Tutup Sahaja* Tarikh Luput* Kontrak Bulanan Penamatan Kontrak**
EU Stocks 50 EU50 Jun 2024-03-13 2024-06-20 2024-06-21 MAR, JUN, SEP, DEC Penamatan Kontrak**
France 40 FRA40 Jun 2024-05-15 2024-06-20 2024-06-21 Bulanan Penamatan Kontrak**
Germany 40 GER40 Jun 2024-03-13 2024-06-20 2024-06-21 MAR, JUN, SEP, DEC Penamatan Kontrak**
Japan 225 JP225 Jun 2024-03-06 2024-06-12 2024-06-13 MAR, JUN, SEP, DEC Penamatan Kontrak**
Switzerland 20 SWI20 Jun 2024-03-13 2024-06-20 2024-06-21 MAR, JUN, SEP, DEC Penamatan Kontrak**
UK 100 UK100 Jun 2024-03-13 2024-06-20 2024-06-21 MAR, JUN, SEP, DEC Penamatan Kontrak**
US Tech 100 US100 Jun 2024-03-13 2024-06-20 2024-06-21 MAR, JUN, SEP, DEC Penamatan Kontrak**
Wall Street 30 US30 Jun 2024-03-13 2024-06-20 2024-06-21 MAR, JUN, SEP, DEC Penamatan Kontrak**
US 500 US500 Jun 2024-03-13 2024-06-20 2024-06-21 MAR, JUN, SEP, DEC Penamatan Kontrak**
US Dollar Index USDX Jun 2024-03-14 2024-06-14 2024-06-15 MAR, JUN, SEP, DEC Penamatan Kontrak**
Volatility Index Futures (S&P500) VIX Jun 2024-05-20 2024-06-17 2024-06-18 Bulanan Penamatan Kontrak**

*Mod Tutup Sahaja dan Tarikh Luput boleh berubah apabila kita semakin hampir dengan tarikh sebenar. Ini disebabkan oleh peraturan yang ditetapkan oleh penyedia kecairan kami yang mengatur pelaksanaan kontrak masa akan datang, dan berdasarkan kecairan pada kedua dua kontrak aktif dan seterusnya yang akan berakhir. Hari perniagaan selepas pembukaan tarikh instrumen baharu adalah tarikh tamat kontrak sebelumnya.

**Tarikh Luput tersebut akan berbeza setiap bulan dan berdasarkan kecairan jadual pelaksanaan penyedia serta kecairan kontrak.

Harap maklum bahawa Syarikat kami tidak menawarkan penggantian automatik bagi kontrak instrumen kewangan baru yang mempunyai tarikh luput.

Indeks Tunai pada Pelarasan Dividen (tidak termasuk GER40)

CFD pada Indeks Tunai adalah bergantung kepada pelarasan dividen.

Apabila konstituen indeks membayar dividen kepada pemegang sahamnya ia pada dasarnya mengurangkan nilai syarikat dengan jumlah dividen.

Ini ditunjukkan pada tarikh ex-dividen sebagai penurunan harga saham syarikat, dan juga penurunan nilai indeks sama dengan berat saham dalam indeks.

Untuk memastikan tiada kesan pada posisi, pelarasan dividen akan dibuat ke akaun pelanggan yang memegang posisi di indeks pada 00:00 (GMT+2 zon waktu, harap maklum DST mungkin berlaku) pada tarikh ex-dividen.

Pelarasan dividen telah dibuat sebelum pasaran dibuka pada tarikh ex-dividen (waktu pasaran boleh didapati di atas).

Selepas sebarang cukai pegangan yang berkaitan dipotong, pelarasan dividen ke atas posisi beli akan dikreditkan ke dalam akaun anda. Amaun potongan mungkin berbeza-beza bergantung pada instrumen kewangan asas. Potongan cukai pegangan tidak terpakai pada posisi jual.

CFD pada Germany40 (GER40Cash) adalah tidak tertakluk kepada pelarasan dividen kerana dividen dibayar oleh saham konstituen yang dilaburkan semula dalam indeks itu sendiri. Oleh itu, tiada pelarasan ke bawah yang berlaku kerana konstituen membayar dividen

CFD pada Indeks Niaga Hadapan juga tidak tertakluk pada pelarasan dividen.

Pembelian dagangan akan menerima jumlah yang dikira seperti berikut:

Pelarasan dividen = Indeks Dividen diisytiharkan x saiz kedudukan pada Lot

Pembelian dagangan akan dikenakan jumlah yang dikira seperti berikut:

Pelarasan dividen = Indeks Dividen diisytiharkan x saiz kedudukan pada Lot

Dividen Akan Datang Yang Perlu Dibayar Untuk Indeks Saham

Simbol ini menunjukkan hanya simbol (instrumen) dijangka akan dibayar dividen minggu ini. Angka-angka dividen mewakili jangkaan penyedia-penyedia kecairan kami dan ianya tertakluk kepada perubahan.

Apakah Itu Indeks Pasaran Saham?

Indeks ekuiti atau lebih dikenali sebagai indeks saham merupakan indeks pasaran saham sebenar yang mengukur nilai bahagian tertentu dalam pasaran saham. Ia dikira berdasarkan pemberat purata harga saham terpilih yang tergolong dalam kategori yang diwakili olehnya. Indeks saham boleh mewakili pasaran saham yang spesifik seperti NASDAQ atau ia juga boleh mewakili satu set tertentu syarikat-syarikat gergasi sesebuah negara seperti S&P 500 Amerika Syarikat, FTSE 100 Britain, atau Nikkei 225 Jepun.

Tujuan indeks adalah untuk menunjukkan arah umum pasaran saham tersebut atau keadaan ekonomi sesebuah negara. Walaubagaimanapun, memandangkan indeks saham terdiri daripada kelompok syarikat, ianya boleh dipengaruhi oleh pergerakan yang besar dari sesebuah syarikat atau pergerakan yang besar dalam sesebuah sektor dagangan.

Nilai pemberat yang diberi pada kelompok saham untuk indeks saham berbeza di antara indeks-indeks yang ada, dan ini bermaksud tidak kesemua indeks menggunakan kriteria yang sama untuk mendapatkan hasil akhir. Dua cara utama mengira nilai pemberat sesebuah saham di dalam indeks ialah pemberat harga dan pemberat permodalan.

Anda boleh melihat kategori beberapa indeks popular seperti di bawah:

  • 1. Dow Jones (US30) dan Nikkei 225 (Japan225) ialah indeks pemberat harga.
  • 2. FTSE 100 (UK 100), ASX200 (Australia 200), Hang Seng Index (Hong Kong 50), DAX (Germany 30), CAC 40 (France 40) dan IBEX35 (Spain 35) adalah beberapa indeks saham utama yang berwajaran permodalan

Indeks Saham Utama Dunia

S&P 500 (US500): Indeks pasaran saham S&P500 (US500) telah diperkenalkan oleh syarikat perkhidmatan kewangan Amerika Syarikat Standard & Poor’s Financial Services LLC pada tahun 1957. Ia merupakan petunjuk utama ekuiti AS dan salah satu penanda aras yang kerap digunakan untuk pasaran saham AS secara keseluruhannya dan ia meliputi 75% pasaran ekuiti Amerika Syarikat dalam permodalan.

ASX200 (Australia200): Indeks ASX 200 (AUS200) ialah indeks pasaran saham berdasarkan pemberat permodalan pasaran yang tersenarai di Bursa Sekuriti Australia yang tergolong dalam 15 bursa utama dunia dengan purata pendapatan harian sebanyak $4.685 billion. Indeks ini terdiri daripada saham-saham yang tersenarai secara ekslusif di Bursa Saham Australia.

Nikkei 225 (JP225): Indeks Nikkei 225 (JP225) atau lebih dikenali sebagai Nikkei adalah indeks saham Bursa Saham Tokyo, bursa saham ketiga terbesar dunia dengan permodalan pasaran sebanyak US$4.09 trillion.

HSI (HK50): Indeks Hang Seng HSI (HK50) ialah indeks pasaran saham berdasarkan pemberat permodalan yang telah digunakan sejak tahun 1969 untuk merekodkan pertukaran harian 50 syarikat terbesar di bursa saham kedua terbesar Asia (dan keenam terbesar di dunia), Pasaran Saham Hong Kong (HKEx).

FTSE 100 (UK100): Indeks saham FTSE 100 (UK100) bermaksud Indeks 100 Bursa Saham Financial Times yang mewakili 100 syarikat permodalan terbesar yang tersenarai di Bursa Saham London.

NASDAQ 100 (US100): Indeks utama NASDAQ ialah NASDAQ Komposit dengan subset NASDAQ 100 (US100) yang terdiri daripada 107 ekuiti sekuriti yang dikeluarkan oleh 107 syarikat bukan kewangan terbesar yang tersenarai di Bursa Saham NASDAQ.

DJIA (US30): DJIA (US30), indeks pasaran saham kedua tertua di Amerika Syarikat selepas Indeks Pengangkutan Dow Jones. menunjukkan prestasi 30 syarikat utama Amerika ketika sesi dagangan biasa pasaran saham. Ia dikira menggunakan Pembahagi DJIA dengan membahagikan jumlah harga keseluruhan 30 saham yang diwakili olehnya.

DAX (GER40): DAX (GER40) yang bermaksud Deutscher Aktienindex merupakan indeks pasaran saham Jerman yang mewakili 40 syarikat utama yang berdagang di Bursa Saham Frankfurt. Ia dianggap sebagai indeks blue chip dari segi kualiti dan keuntungan.

CAC 40 (FRA40): Indeks pasaran saham utama Perancis CAC 40 (FRA40) bermaksud Cotation Assistée en Continu dan ia mewakili 40 nilai tertinggi dari 100 syarikat permodalan terbesar yang didagangkan di pasaran sekuriti Perancis Euronext Paris, bursa kedua terbesar di Eropah.

Kembangkan semua|Runtuhkan semua

Apakah itu indeks saham secara ringkas?

Secara ringkasnya, indeks saham ialah indeks yang mewakili harga keseluruhan sekumpulan saham asas.

Indeks saham global utama termasuk, tetapi tidak terhad kepada, seperti berikut:

  • 1. S&P 500
  • 2. Dow Jones
  • 3. Nasdaq
  • 4. FTSE100
  • 5. Nikkei225
  • 6. DAX
  • 7. CAC40
  • 8. Euro Stoxx 50
  • 9. ASX200

Indeks saham dalam kebanyakan kes mewakili gambaran keseluruhan pasaran saham dalam kelompok tertentu. Kebiasaannya kelompok saham dalam indeks saham merupakan syarikat-syarikat yang paling berpengaruh (memiliki modal kukuh).

Bagaimanakah indeks pasaran saham dikira?

Dalam dagangan harian, harga saham setiap syarikat akan naik dan turun. Memandangkan indeks saham adalah gabungan kelompok saham, harga semasa akan bergerak naik dan turun berdasarkan dinamik keseluruhan (formula matematik dan statistik) di mana setiap harga saham-saham menyumbang kepada harga akhir.

Berikut adalah perkara penting yang perlu difahami apabila berdagang indeks ekuiti:

  • 1. Semua saham di dalam indeks ekuiti spesifik (s.c. Dow Jones) bergantung kepada proses pemilihan dan boleh digantikan dengan syarikat lain sekiranya prestasi dagangan keseluruhan syarikat tidak setanding dengan syarikat lain. Dalam erti kata lain, kedudukan syarikat di dalam kelompok tidak dijamin sentiasa kekal.
  • 2. Penentuan pengaruh sesuatu saham kepada indeks saham keseluruhan ditentukan melalui peraturan dan pengiraan. Bukan semua saham di dalam kelompok tersebut dianggap sama rata. Secara mudahnya, harga keseluruhan indeks saham bukan sekadar penjumlahan harga-harga saham yang dibahagikan dengan bilangan saham yang ada.
  • 3. Indeks saham menunjukkan konsensus umum dan boleh dianggap sebagai penanda aras untuk prestasi keseluruhan pasaran saham dengan angka yang direkodkan.
  • 4. Lanjutan daripada poin no 2, memandangkan semua saham di dalam kelompok tidak dibahagikan sama rata, keutamaan diberikan pada indeks dari syarikat yang memiliki modal yang lebih kukuh. Ini bermakna sekiranya saham sebuah syarikat gergasi merudum atas apa-apa sebab, indeks keseluruhan akan turut terjejas walaupun saham-saham lain di dalam kelompok tersebut tidak jatuh.
  • 5. Lanjutan daripada poin no 1, saham-saham yang berada dalam kelompok yang disebut sebagai indeks sentiasa berubah. Berdasarkan rekod sebelum ini, indeks tidak semestinya mewakili kelompok saham yang sama.

Kami menggunakan kuki untuk memberikan anda pelayaran terbaik di laman web kami. Baca lagi atau tukar tetapan kuki.

Amaran Risiko: Modal anda dalam risiko. Produk yang menggunakan leveraj mungkin tidak sesuai untuk semua individu. Sila pertimbangkan Pendedahan Risiko kami.