7 Kelas Aset - 10+ Platform Dagangan - Lebih 1000 Instrumen
Sering ketinggalan mengikuti sesi webinar? Memperkenalkan e-Pendidikan XM. Lihat Di Sini LIVE
Alami pengalaman dagangan mudah alih yang lebih lancar dengan aplikasi XM baharu dan dipertingkatkan.
Jika ini merupakan kali pertama anda memuat turun aplikasi kami, sila ikuti tiga langkah mudah di bawah untuk memulakan perjalanan dagangan anda. Sekiranya anda sudah memasang aplikasi kami sebelum ini, anda hanya perlu mengemas kini kepada versi terkini.
Mula berdagang di mana-mana sahaja hari ini!
Langkah 1
Cari aplikasi XM pada App Store peranti anda, atau ikuti pautan di bawah
Langkah 2
Jika anda merupakan pelanggan sedia ada kami, sila log masuk menggunakan kelayakan anda. Namun begitu, jika anda baharu bersama XM, anda perlu mendaftar akaun melalui aplikasi kami terlebih dahulu
Langkah 3
Lengkapkan proses untuk mengaktifkan akaun anda. Sebaik sahaja akaun anda disahkan dan dilog masuk, anda sudah bersedia untuk memulakan dagangan!
Untuk mendapatkan akses Aplikasi XM, anda perlu memuat turun dari Apple App atau Google Play dengan mencari XM.COM. Untuk mula menggunakan aplikasi ini, muat turun, ikuti semua langkah membuka akaun, lakukan deposit dan mula berdagang dengan segera. Anda juga boleh membuka akaun Demo dan menggunakannya untuk latihan.
Kedua-dua akaun MT4 dan MT5 disokong oleh Aplikasi XM. Pelanggan baharu boleh membuka akaun MT4/MT5 melalui Aplikasi XM, manakala pelanggan sedia ada boleh menggunakan aplikasi tersebut untuk membuka akaun tambahan MT4/MT5. Sebarang akaun yang dibuka melalui Aplikasi XM turut boleh digunakan pada platform MT4/MT5 kami.
Ya, anda boleh melog masuk menggunakan akaun MT4/MT5 anda yang sedia ada, dan menggunakan Aplikasi XM untuk berdagang, membiayai serta menguruskan akaun.
Sekiranya anda merupakan pelanggan sedia ada dengan akaun MT4/MT5, anda boleh membuka akaun tambahan melalui Aplikasi XM tanpa perlu menyerahkan semula sebarang dokumen pengesahan. Namun begitu, jika anda merupakan pelanggan baharu, anda boleh mengesahkan akaun MT4/MT5 anda langsung menerusi Aplikasi XM dengan menyerahkan semua dokumen pengesahan yang diperlukan (s.c. bukti pengenalan diri dan bukti alamat kediaman).
Pada Aplikasi XM, anda boleh berdagang semua instrumen yang tersedia di XM termasuk CFD Saham, CFD Indeks Saham, Forex, CFD pada Logam Berharga dan CFD pada Tenaga.
Anda boleh menggunakan Aplikasi XM atau platform MT4/MT5 sepanjang anda menjadi pemegang akaun MT4/MT5 yang sah. Platform MT4/MT5 anda akan memaparkan sebarang aktiviti dagangan yang dijalankan melalui Aplikasi XM dan begitu juga sebaliknya.
Anda boleh menggunakan Aplikasi XM untuk menguruskan dana akaun anda. Anda boleh melakukan deposit, pengeluaran dan menghantar dana antara akaun dagangan anda melalui Aplikasi XM.
Amaran Risiko: Modal anda dalam risiko. Produk yang menggunakan leveraj mungkin tidak sesuai untuk semua individu. Sila pertimbangkan Pendedahan Risiko kami.